Wednesday, April 16, 2014

gua kata: pikiaq

Fikir itu...

Perlu dalam.
Perlu panjang.
Perlu matang.
Perlu rasional.
Perlu buat.
Perlu sangat.

Bertindaklah..
Segera jika keadaan mendesak.


hashtagperingatanuntukdirisendiri

Friday, March 7, 2014

gua kata: sayang, rindu. sangat-sangat.

Dah dua minggu.
Jasad Ayah tak ada depan mata.

Gua kuat.
Terima berita Ayah dah pergi, gua sangat tenang.
Sedih, mestilah.
Tapi, gua kuat.

Masuk seminggu Ayah tak ada, gua masih kuat.

Masuk minggu kedua.
Gua rasa macam nak mati.
Rasa nak meraung sekuat-kuat hati.
Rasa mau pecah dada ni.
Setiap apa yang gua buat, teringat Ayah.
Ayah gua dah tak ada, beb.
Subhanallah.

Gua dah jadi pengunjung tetap tandas kat ofis.
Duduk dalam tu, tekup mulut, menangis semahu-mahunya.
Macam nak mati rasanya.

Terbayang Mak.
Kalau gua yang hanya sebagai anak rasa macam ni, Mak pulak macam mana?
Pemilik hati Mak dah pergi. Tak mungkin kembali.
Kesiankan Mak, Ya Allah...

Ya Allah...
Kau haramkanlah api neraka daripada tubuh Ayahku.
Kasihanilah Ayah sepertimana Ayah mengasihaniku sejakku kecil lagi.
Tempatkanlah Ayah di kalangan kekasihMu.
Amin.

Ayah...
Ana sayang Ayah.
Ana rindu Ayah.
Sangat-sangat.

Al-Fatihah.


Thursday, January 30, 2014

gua kata: melaung raung

Bidin Tajul tu tak faham kejadah!

Latipah Daniel tau cakap je!

Isabella Semeon bukan boleh percaya!

Aqeem Darwish Bakarudin duk macam atas pagar!

Kasrim a/k Seleng anak emas!

Dam dam dum...
Bukan bunyi mercun.
Tapi bunyi laungan raung yang lebih pedih di halwa telinga.
Lagi sakit hati bunyinya kalau dengar time tidur.
Penampar makan dia.

Ajaib... lagi kuat laungan raung, lagi meriah.
Galak tak semena.
Itu-itu je sampai bila-bila.
Sumpah tak letih.

Hebatkan?
Hebat yang sampai boleh meninggal.

Kalau tubuhkan kelab koir, lebih molek.

Tolol.

p/s: nama dan watak hanyalah fiksyen semata-mata. (gua pun dah serupa tolol rasanya.)

Wednesday, January 15, 2014

gua kata: kisah benar...kena ngorat kat MPH (promote free)

Setiap helaian di belek.
Naskhah Lejen Press makin menyengat dan tajam.
Org Subang mmg HAVOC. kata kau.

Lantai sejuk sepertinya sofa empuk.
Enaknya.

Lelaki itu dtg duduk menemani.
Tak minta pun.

"Nama awak apa?" dia gigil. ada buku Sains form 5 di tangan.

"Ana (memang nama sebenar. tak baik menipu kat kedai buku)," jawab gua acuh tak acuh.

"Oh. Nama saya xxxx (maaf, gua tak ingat nama dia). Awak sekolah mana?" dia tanya, masih menggigil.

"SMK **** (identiti sekolah perlu dirahsiakan, tp gua tak menipu)," jawab gua, masih acuh tak acuh.

"Saya nak kawan dengan awak. Seems like it's not right if I ask for your number. So, boleh bagi tau your FB or Instagram, maybe?" dia tanya lagi. nampak macam dah tak menggigil.

"Sorry, my mum tak suka sangat I ber-FB or ber-Instagram," gua jawab (dapatkah lu orang hidu penipuan gua?)

"Oh, ye ke? Then how can we meet again?" semakin galak lelaki ini.

"I'll be here every Sunday," confirm gua menipu! (bahahahaaa!)

Telefon berbunyi. Suratan yang kebetulan.

"Eh, my mum call ni. I gotta go. Bye," gua blah.

-the end-

Kepada lelaki form 5 itu, terima kasih sebab nak berkawan dengan gua.
Tapi, gua sedekad lagi tua dari lu, bro!
Gua dah keja, dah bertahun2 habis sekolah...

A'ah, betullah tu.
Gua orang dewasa yang terperangkap dalam tubuh kanak2.
Yang benar itu ada kalanya pahit.

Oh, ya...selamat berkunjung ke MPH setiap Ahad.
Hey, look at the bright side, bro. At least lu tak melepak kat tempat buruk.

p/s: bukan kali pertama. bukan kali kedua. bukan kali ketiga. bukan, bukan, bukan, bukan, bukannnnn....

Tuesday, January 14, 2014

gua kata: Assalamualaikum

Assalamualaikum.

Dah 8 bulan.

Yg sunyi akan berbunyi.
Yg pasif akan aktif.
Yg kosong akan berisi (eh, tak. gua tak pregnant. kahwin pun belum. cessss!)
Yg dulu akan...sekarang.

2013 yg berlaku kejam, perlukan kemaafan.

Wednesday, May 15, 2013

gua kata: ini serius

It's about time.

ada keja kosong kat tempat korang tak?
gua cuma ada Degree in Mass Comm, major in Journalism.
working experience: 9 years ++

ini serius.


Tuesday, May 7, 2013

gua kata: chill

hari berganti hari.
minggu berganti minggu.
bulan berganti bulan.
tahun berganti tahun.

seharusnya semakin matang dan faham bahawasanya setiap tindakan yang diambil akan ada kesannya.

kisahnya…
suatu ketika dahulu, masa berusia awal 20an, gua mudah melatah, mudah terasa & mudah naik angin. jangan ditegur kalau tak mau ditegur balik dgn ayat binasa.

namun, selari dengan peningkatan usia dan pengalaman, gua semakin berubah. lebih positif. muhasabah diri adalah kunci kekuatan. semakin tenang.
usai mengikuti kursus kerohanian selama tiga hari berturut-turut pada tahun 2007 yang lalu, gua mula sedar dan menyesali kebodohan diri sebelum ini.
terlalu mudah membenarkan emosi menguasai akal dan fikiran.

sebentar tadi, gua berhadapan dengan situasi yang sama seperti suatu ketika dahulu itu.
bezanya, tidak berlaku pada gua, tetapi pada seorang kakak ini.

bertahun berkawan rapat dengannya, gua sedia maklum kakak ini mudah terasa dan agak emosi orangnya.
rupa-rupanya tindakan gua yang satu ini menghidupkan ke’mudah-terasaan’ dan ke’agak-emosian’ dia.
lalu apa yang berlaku, kakak ini melatah, melenting, menyentap. bertalu-talu.
sungguh, gua tiada maksud apa-apa.
silap gua adalah apabila membuka pintu kepada kesentapannya bermaharajalela.

jadi, apa reaksi gua?
diam diri.
mudah, kan?
biarkan pelampiasan emosi daripada kakak ini berlangsung.

mengenangkan kakak ini, sedih juga kerana teringatkan diri gua yang sedemikian rupa suatu ketika dahulu.
gua doakan agar kakak ini lekas meninggalkan fasa ‘suatu ketika dahulu’ gua itu.
chill.
sebabnya, kakak sudahpun bergelar kakak.

whatever is begun in anger ends in shame. 
– Benjamin Franklin

apapun…
janji gua, mulai saat ini, gua perlu lebih berhati-hati dengan kakak ini.
diam diri dan berikan dia peluang untuk menyuarakan kesentapan hati.
kemudian, senyum semanis kurma dan berlalu pergi. *ya, ada mesej tersirat atas tindakan ini.

p/s: gua tak makan kurma.

Monday, April 15, 2013

gua kata: ini sangat kelakar

dengan ini gua ingin mengumumkan bahawasanya gua telah membangkitkan satu isu pada minggu lalu. dan di luar kawalan gua, isu ini menjadi bertambah serius apabila mendapat feed back daripada ‘orang-orang besar’.

hahahahahaha…

ini sangat kelakar.

sumpah...gua tidak bermaksud untuk mengusutkan mahupun mengeruhkan keadaan. gua sekadar menegakkan kebenaran dan mahukan penjelasan lanjut agar kesilapan yang sama tidak berulang di hari kemudian.

harap-harap tak adalah yang tersalah erti tindakan gua.

terima kasih buat yang saling balas-membalas pernyataan masing-masing berkenaan isu tersebut. 
terima kasih juga atas permohonan maaf yang disampaikan oleh pesalah (ketua kepada pesalah, sebenarnya).

nak gelak lagi sekali boleh?

hahahahahahaaaaaa…. 

oh, pd gua, tiada siapa yang boleh diangkat sebagai pemenang, tiada juga pengalah.

Thursday, April 4, 2013

gua kata: gemuk

gua ada cerita nak kongsi.
bersedialah dgn post yg panjang berjela kali ini.
*maklumlah...dah lama tak update blog.*

begini ceritanya...

sejak tahun 2005 lagi, gua sudah ada cita-cita yg satu ini.
gua mau gemuk.

ini cerita benar.
gua mau gemuk.
di kala org lain menanam hasrat yang jitu untuk menurunkan berat badan, gua pula sebaliknya.

pernah suatu ketika dulu, disebabkan mau gemuk, gua makan non-stop.
sampailah satu mlm ni, gua terjaga dari tidur sebab satu badan berpeluh & menggigil tiba-tiba. masa tu dalam pukul 3 pagi kalau tak silap.
gua gigihkan diri merangkak ke toilet. nasib baiklah toilet memang dalam bilik. so, rangkak gua taklah sadis sangat.

sampai je kat toilet, gua muntah kaw kaw punya! mcm semua yang gua makan sepanjang hari tu keluar balik dari badan gua. serius, beb! lantai toilet dah tak serupa lantai gamaknya. tak sanggup gua nak ingat balik. yang gua tau, masa tu badan rasa lemah selemah-lemahnya.

selepas sesi permuntahan tersebut (gua anggap ia sebagai satu sesi kerana ia memakan masa yang bukan sekejap), gua kembali berbaring di atas katil dengan badan yang masih menggigil & berpeluh. gua dah siap mengucap, baca ayat Qursi semua... ingatkan dah nak mati masa tu.

but the next thing i know, gua terjaga dari tidur beberapa jam kemudian ketika langit sudah cerah. dah siang dah. dan keadaan tubuh gua kembali normal. bila gua cerita kat mak gua apa yang berlaku, jeng jeng jeng....gua kena marah!

"kenapa tak kejutkan mak? jerit je nama kalau tak boleh bangun sekalipun! hah, lepas ni, makan jelah semua benda kat depan mata. badan tu mana boleh nak disumbatkan semua tu," kata mak gua yang dikasihi.

apa yang cuba gua cerita kat lu orang yang tengah baca ni ialah... bila gua kata gua nak gemuk, memang gua serius. sampai sakit2 badan ni, takkanlah tak serius.

jadi...

gua tak suka lu orang bagi dialog macam ni kat gua, "Ana, ko ni makin kurus. bilalah nak besar2 ni?"

ada jugak yang kejam tahap Daeng Merewah dengan melontarkan dialog begini, "ko ni dah macam alien aku tengok. macam alien lidi." *rasanya lu orang yang cakap ni memang sedara alien lidi kot sebab macam kenal rapat je dgn makhluk yang belum tahu sahih kewujudannya.*

macam2 lagilah dialog yang pada hakikatnya membawa maksud yang serupa.
setiap kali dialog2 ini berkumandang megah, gua akan rasa down yang teramat sangat.
kadang-kadang mood gua boleh terganggu sepanjang hari.
lu org yg berdialog bagai ni sebenarnya tau tak gua mmg berusaha untuk gemuk? tau tak? tau tak? huh, of course lah tak! yang lu tau, menilai fizikal gua berdasarkan pandangan mata kasar.

dulu, gua tak sekurus ini. sumpah! (tapi taklah gemuk sangat kot, cuma berisi sikit). tapi, bila dah habis belajar, gua dah start keja...assignment & deadline pulak boleh dikatakan setiap hari, weekend pun keja jugak. sudahnya berat badan gua susut secara mendadak. yup, pernah mencecah 35kg! *true story* masa tu jugak, gua pakai baju yang garis jalur2 melintang je memanjang sebab nak mewujudkan ilusi gemuk.

lepas ditukarkan ke majalah lain yang assignment & deadline nya bukan setiap hari, berat badan gua naik 5kg menjadi 40kg. alhamdulillah.

tapi, sekarang ni...7 tahun kemudian, berat badan masih gagal kembali kepada berat asal. kekal 40kg sampai ke sudah! kalau berubahpun, bukan naik tapi turun 1 kg. beberapa bulan kemudian barulah naik balik 1 kg.

nak turunkan berat badan? senang je pada gua. esok pun boleh! tapi nak naik...sakit beb!

so anyway, dalam seminggu dua ni, ada beberapa orang rakan sekerja yang berdialog lagi. tapi kali ni, dialognya lain sikit.

"Ana, ko dah gemuk sekarang."

"Ana, eloklah parking keta jauh sikit. jalan jauh...boleh kurus sikit badan tu."

"Beb, ko dah nampak macam adik ko." (dalam erti kata lain, ko dah makin berisi. erk!)

tapikan... gua tak rasa happy pun bila dengar dialog-dialog mcm ni.
sebabnya, berat badan gua tak berubahpun! tang mana yg gemuknya tu?
justeru, dialog-dialog ini selayaknya dipertikaikan.

ah, apa gua kisah!
gua dah malas nak fikir pasal berat badan ni.
yang penting, gua mau badan yang sihat. gua tak sanggup nak berdepan dengan sesi permuntahan macam dulu. memang masa tu gua ingat dah nak sampai ajal dah. tapi, rupa-rupanya Tuhan nak sedarkan gua betapa gua terlalu pentingkan diri sendiri sampai mendera tubuh badan kurniaanNya. subhanallah...

ok.

the end.

Friday, March 22, 2013

gua kata: mulai hari ini

mulai hari ini, gua tak nak bergambar dengan tunang org (walaupun bergambar beramai2, bkn berdua).

mulai hari ini, gua tak nak bercakap dengan tunang org (walaupun bercakap dlm kumpulan, bkn berdua).

mulai hari ini, gua tak nak bertegur santai dengan tunang org (walaupun di khalayak ramai, bkn ketika berdua).

dan...

kalau boleh...

gua cuba untuk menjauhkan diri dgn tunang org (walaupun tanpa alasan).

entah.
pd gua, cemburu buta itu bakal membawa padah di masa hadapan.

tapi...
doa gua yg baik-baik sahaja buat semua.
kebahagian lu org ada dlm doa gua. InsyaAllah.

jealousy contains more of self-love than of love.
- Francois de La Rochefoucauld