Thursday, December 31, 2009

gua kata: salam perkenalan. 2010.

salam.
bismillah.

itu yg wajar diucapkan saat semakin hampir melangkah ke thn 2010.

membaca status rakan2 di FB tentang doa, azam & harapan sempena tahun baru membuatkan berfikir.
berfikir dgn sgt dalam.

sejujurnya, keghairahan utk mengalu-alukan si 2010 tidak begitu nyata. mungkin gua masih gagal membendung rasa takut utk berhadapan dgn seribu satu macam peristiwa yg sememangnya telahpun direncanakan dr awal oleh Yg Maha Esa.

barangkali juga, ada yg belum dilangsaikan semasa di 2009. 'hutang-piutang' itu mungkin tidak mahu berganjak & akan kekal di situ atas tujuan ingin menimbulkan rasa malu & bersalah dalam diri gua. yeah...shame on me! terima kasih, 'hutang-piutang'. anda telah berjaya!

sebetulnya, terlalu banyak subjek ttg kehidupan yg gua ambil sepanjang 2009. tp, tidak semua subjek yg diambil itu berjaya dilunaskan. gua gagal memaku gred A utk semua subjek itu! sebahagiannya, sekadar lulus, manakala sebahagian yg lainnya pula gagal & terpaksa mengulang (gara2 'ponteng kelas' atau mungkin juga 'terlena semasa kuliah'!) apa2pun, semua ini tentu sekali memberikan kesan yg berganda hebatnya dalam diri gua, tidak kiralah sama ada yg elok atau buruk.

gua akur.

sememangnya diri ini bkn manusia sempurna. jauh lg jika hendak disifatkan sebagai hampir sempurna. terlalu byk lubang tembusnya...

seumur hidup, gua tidak pernah percaya pd azam. atau lebih tepat lg, gua tidak pernah mahu percaya pd azam. but as time goes by...gua mula belajar utk menerima keperluan utk menanam azam (walaupun hakikatnya hati keras ini masih tidak mahu menanam azam!). mungkin bg lu org, azam perlu utk memajukan diri, tp tidak pd gua.

biarlah, hanya gua yg tahu apa yg gua mahu. dan, yg gua mahu itu tidak akan dijadikan satu azam!

tapi...

sewajarnyalah gua menyambut huluran perkenalan si 2010.

jadi...

salam perkenalan, 2010! moga perkenalan kita membawa kpd sesuatu yg molek.




meanwhile... jgn lupa dptkan RAPI isu 1 Jan 2010 di pasaran skrg!



2 comments:

syahrilkadir said...

macam kenal la...

Budak Kecik said...

a'ah la... mcm kenal! hehe... apa citer abg syahril? sihat?